kim kardashian

BINTANG Hollywood sensasi, Kim Kardashian telah akhirnya telah memfailkan tuntutan penceraian terhadap suaminya yang juga penyanyi popular, Kanye West.

Memetik laporan Daily Mail, Kardashian membuat tuntutan itu melalui peguamnya, Laura Wesser selepas tujuh tahun berkahwin.

Difahamkan, Kardashian tuurut memohon hak penjagaan bersama terhadap empat orang anak mereka iaitu North,7, Saint, 5, Chicago,3 dan Psalm,1.

Menurut sumber terdekat dengan keluarga berkenaan, punca perpisahan itu dibuat dengan baik demi emosi anak-anak.

Keluarga Kim K

Sebelum ini, pergolakan rumah tangga mereka berdua sudah mula dilaporkan oleh pihak media antarabangsa.

“Kardashian sudah terlalu penat menunggu walaupun telah mengikuti kelas kaunseling namun tiada perubahan.

“Kalau ikutkan, Kardashian mahu bercerai sejak tahun lepas lagi. Namun, baharu kini dia berasa sudah sampai waktunya untuk dia melakukannya (cerai),” ujar sumber itu.

Kardahsian dan West mula bercinta pada 2012 dan membuat keputusan untuk berkahwin pada 2014.