oxygen absorber

Serbuk Milo, kopi atau apa sahaja jenis minuman serbuk, andai disimpan terlalu lama dan masuk angin, keraslah alamatnya.

Tetapi anda jangan risau, selepas ini masalah confirm selesai. Solusinya hanya gunakan oxygen absorber, bahan ini boleh didapati di kedai bakeri.

Oxygen absorber menyerap oksigen manakala silica gel pula penyerap lembapan, namun fungsinya sama. Ia diletakkan di dalam bungkusan produk supaya produk tidak mudah rosak, tidak berkulat atau teroksida dan memanjangkan jangka hayat.

Penyerap oksigen biasanya didapati dalam pembungkusan produk-produk makanan dan ubat-ubatan. Ia diperbuat daripada serbuk besi (‘iron’) yang berwarna hitam.

Bahan ini dapat membantu makanan seperti kacang, kerepek, kuih raya dan biskut kekal segar dan tidak berbau.

Sumber : Lola Lolieta