sanitasi sekolah
Pemuda UMNO menjalankan program sanitasi awam sekolah secara percuma di 191 kawasan Parlimen di seluruh negara./ Gambar FB Dr Asyraf Wajdi

Kerja amal Skuad Sabil dan Pergerakan Pemuda UMNO di 191 Parlimen menjalankan operasi sanitasi atau nyahkuman mencegah virus COVID-19 secara percuma di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara hammpir setiap minggu bukan bermotif politik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebaliknya ia sebagai persediaan bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bermula esok.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan Jabatan Bomba yang memberikan kerjasama serta panduan kepada kami secara berterusan.

“Juga buat Pejabat Pendidikan Daerah-Daerah dan sebahagian Jabatan Pendidikan Negeri yang sedia menerima kami tanpa menghiraukan tekanan pihak tertentu yang cuba mempolitikkan kerja amal dan khidmat bakti Pemuda UMNO ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini,

Tambah Dr Asyraf, sejak dari awal, beliau tegaskan bahawa kerja amal yang dilakukan ini tiada langsung agenda politik.

Pemuda UMNO menjalankan program sanitasi awam sekolah secara percuma di 191 kawasan Parlimen di seluruh negara./ Gambar FB Dr Asyraf Wajdi

Sebaliknya kata beliau, apa dilakukan untuk menyantuni keresahan dan kebimbangan rakyat khususnya ibu bapa mengenai tahap keselamatan pusat-pusat peperiksaan yang bakal diduduki anak-anak mereka.

Baca artikel berkaitan: “Jangan asyik buka tutup sekolah, menyusahkan..” – Tok Mat

Sekolah rendah dibuka 1 dan 8 Mac, menengah 4 April

“Terima kasih juga kepada seluruh jentera sukarelawan Skuad Sabil dan Pergerakan Pemuda UMNO seluruh Malaysia yang tidak mengenal erti penat bahkan berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi memastikan rakyat sentiasa dibantu terutamanya dalam situasi Pandemik yang benar-benar meresahkan.

“Moga Allah merahmati khidmat bakti semua,” jelasnya.


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.