jehan miskin

PENANTIAN selama tujuh tahun, akhirnya pelakon Jehan Miskin dikurniakan cahaya mata lelaki.

Berita gembira itu dikongsikan oleh pelakon berusia 41 tahun itu di akaun Instagramnya hari ini.

Menurut Jehan, isterinya iaitu Julie Camelia Rhee,37, selamat melahirkan bayi mereka pada 20 Februari lalu.

“Selamat datang ke dunia, Axel Nova Rhee Bin Jehan, nama pertama saya.

“Dilahirkan pada tengah malam hari kesembilan pada sambutan Tahun Baharu Cina dengan letupan bunga api, kamu adalah satu keajaiban,” kata Jehan.

Jehan berkahwin dengan Julie, seorang wanita berasal dari Korea pada Mei 2013.

jehan miskin

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi