Berat badan susut, rupanya Kamal Adli positif Covid-19- “Alhamdulillah dah negatif…sekarang masuk set baru…”

0
175

AKTOR Kamal Adli mendedahkan dirinya sebelum ini disahkan positif wabak Covid-19 dan kini sudah seleasi menjalani sesi kuarantin.

Pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu membuat pengakuan itu di Instagramnya sekaligus menjawab persoalan ramai pihak yang bertanya ke mana dirinya ‘menghilang’ daripada media sosial.

“Saya sudah kembali. Lama hilang sebabkan hari itu positif wabaK Covid-19. Selepas itu kuarantin dan sekarang alhamdulillah dah negatif…syukur.

“Sekarang masuk set baru drama Duit..best cerita ini fasal scammer,” katanya.

Pelakon berusia 34 tahun itu turut berkongsi gambar terbaharunya yang kelihatan sedikit kurus dan ia turut mendapat reaksi yang sama daripada pengikutnya di ruangan komen.

Malah, ramai peminatnya turut mendoakan kesejahteraan dan diberikan kesihatan yang baik buat Kamal.

Kali terakhir pelakon Bukan Kahwin Paksa itu memuat naik gambarnya di Instagram ialah pada 24 Januari lalu.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi