Kareena, Saif timang anak lelaki kedua

0
31

BINTANG Bollywood, Kareena Kapoor dilaporkan selamat melahirkan anak lelaki kedua, semalam.

Berita gembira itu disahkan oleh suaminya yang juga aktor popular, Saif Ali Khan menerusi laporan di Hindustan Times.

“Kami dikurniakan seorang bayi lelaki. Kareena dan anak kami berada dalam keadaan sihat. Terima kasih untuk semua doa dan sokongan anda,” katanya.

Kareena, 40, melahirkan anak keduanya di Pusat Perubatan Breach Candy, Mumbai, India pada pukul 8.30 pagi.

Ahli keluarga pasangan itu antara individu paling gembira menanti kehadiran ahli baharu dalam keluarga mereka.

Malah, kakak Kareena iaitu aktres Karisma Kapoor turut berkongsi berita gembira itu di Instagram dan teruja apabila dia sekali lagi bergelar mak saudara.

Ogos lalu, Kareena dan Saif mengumumkan bakal menerima kehadiran anak kedua kepada peminatnya.

Pasangan ini berkahwin pada 2012 dan dikurniakan anak lelaki pertama, Taimur Ali Khan yang kini berusia lima tahun.