Resipi kek span marble oren yang sedap dan gebu

0
413
KEK SPAN MARBLE OREN

Bagi peminat kek span marble, Saji kongsikan satu resipi oleh Cef Amer yang sangat mudah dan sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Berbaloi cuba.

BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
40 ml jus buah oren
1 sudu kecil parutan kulit oren
10 gm ovelette
280 gm tepung kek
10 gm serbuk penaik
190 gm gula kastor
200 gm mentega- cairkan
20 gm emulco oren
3 gm perasa oren

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Putar telur, jus, ovelette, tepung, serbuk penaik, gula hingga kembang dan gebu.
  2. Kaup balik mentega cair hingga sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  4. Campurkan emulco oren dan perasa oren kepada satu bahagian.
  5. Tuangkan ke dalam acuan kek bulat 8″ yang telah dilenser dan dialas dasarnya.
  6. Bakar pada suhu 175°C selama 45 – 50 minit.
Resipi: Cef Amer Hamzah

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi