SUGGARDADDY : Ramai Datuk mahu jadikan Emillia perempuan simpanan, bayar RM10,000 sebulan.

0
68

SEORANG model cantik bergaya, berusia 23 tahun menghubungi penulis untuk meluahkan rasa kesalnya terhadap satu penyakit masyarakat yang melanda VVIP di Malaysia.

Dalam pertemuan hampir sejam di sebuah coffee house  di Alor Star ini, gadis tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Emillia dan pernah menyertai pertandingan ratu cantik, melahirkan rasa kecewa akibat sering diganggu VVIP yang tidak henti-henti memburunya.

“I ditawarkan rumah banglo, kereta mewah dan wang lumayan jika sanggup menjadi perempuan simpanan Datuk berkenaan,” beritahu Emillia lagi.

Gadis itu menyambung ceritanya…

SEBENARNYA I  rasa kecewa, sedih dan marah sebab sejak I masuk pertandingan ratu cantik, ramai sangat yang anggap I  ni pernah jadi perempuan simpanan VVIP dan datuk-datuk tertentu.

Sana sini orang cakap tentang kisah I. I  akui sejak masuk pertandingan ratu cantik sempena suatu perayaan peringkat negeri, ramai sangat VVIP dan datuk yang nak berkenalan.  

I  bukan artis. Kenapa buru I? Sebelum ni pun I  dah glamor juga. Tapi taklah sampai ada VVIP dan datuk-datuk yang sanggup berterus terang nak jadi sugar daddy I  macam pengalaman selepas menyertai pertandingan ratu tu.

Apa yang istimewa sangat I  ni? Lucu juga bila datuk-datuk ni memujuk dan merayu. Ada yang tak reti bahasa, tak serik-serik. Asyik telefon, tanya itu ini. Kononnya ambil berat sangat soal hidup I.  Padahal I  ni bukan dimahkotakan sebagai ratu pun!

Kalau I  jadi ratu tak tahulah macam mana respons VVIP tu. Tentulah lagi hangat. Selepas pertandingan tu ramai yang call… mana dia orang dapat nombor handphone I  pun I  tak tahu.

Ada yang puji I  cantiklah… kononnya patut menanglah… dan macam-macam lagi. 

“Lebih cantik daripada ratu…” kata seorang Datuk membuat I meluat.

Sebenarnya I  rasa seronok juga bila dipuji. Maklumlah perempuan. Mana ada perempuan yang tak suka dengan pujian. Sebelum ni pun I  dah banyak kali masuk majalah. I  pernah beraksi bersama Mimi Aziz seorang model top  dalam majalah RIAS. I  juga pernah berlakon telemovie.

Tapi glamor yang I  rasa sejak masuk pertandingan ratu ni lebih hebat. I  sendiri tak tahu kenapa VVIP tu syok sangat pada I padahal peserta-peserta malam tu ramai lagi. Setahu I,  sebagai  peserta memang I  menjadi favourite  penonton.

I  dapat dengar suara siulan dan jeritan penonton. Mungkin VVIP dan Datuk-Datuk yang sedang berada di dewan tersebut juga begitu turut berahikan I.

I  tak tahu apa anggapan orang bila I  masuk pertandingan ratu ni. I  cuma nak mencuba bakat. I  minat hidup glamor. I  sanggup berhabis membeli pakaian mahal-mahal untuk pertandingan tu, tak berjaya tak apalah. Belum ada rezeki! 

Sebenarnya kalau I  cerita you  tak percaya. Ramai sebenarnya Datuk-Datuk yang sedang que  nak date  dengan I.  Berpuluh-puluh. Ada seorang Datuk tu teruk betul… buru I  ke mana saja I  pergi.

Ada seorang tu tawarkan I  jadi perempuan simpanannya. Tak payahlah I  sebut namanya, cukuplah sekadar I  beritahu namanya Datuk Dr. Dot…! Dot…! Dot…!

Dia gila habis dengan I.  Alkisahnya, Datuk tu beritahu dia tak dapat tidur, asyik teringatkan wajah I. Dia beritahu dapat nombor telefon bimbit I  daripada seorang kawan dan kami pernah bertemu sekali, setelah didesaknya.

Dia tanya I:  “Sudikah you  jadi darling I? Kalau setuju I sanggup bayar berapa saja yang you  mahu! Nak ke bulan ke bintang I  sanggup!”

I  gamam. Tak tahu nak cakap apa. I  tak kata ya atau tidak, terus ubah topik perbualan. 

I  hanya senyum tawar. Apa yang boleh I  lakukan hanya berserah pada Tuhan. Moga-moga Datuk tu sedar tidak semua perkara dalam dunia ini boleh dibeli dengan wang.

Apa guna I  hidup dengan orang kaya raya tapi tak boleh beri kasih sayang dan cinta yang I  harapkan? I  hanya jadi robot, diperintah dan dikontrol.

I  tak mahu duduk terkurung dalam sangkar emas. Salahkah I hidup glamor begini, bergaya, berpakaian mahal-mahal kerana I mampu.  I  pun nak hidup macam orang lain juga.

Pernah seorang Datuk tu pula, tak henti-henti telefon I.  Selepas kenalkan dirinya, Datuk ni sembang elok. Gelak-gelak. Last-last sekali dia tanya I: “Kalau you  sudi I  boleh jadi sugar daddy you… Berapa you  nak? RM5,000? RM10,000 sebulan, cakap saja!”

Gambar hiasan.

I  terkejut. Usia I  ni kira pangkat cucunya, sanggup dia cakap begitu. I  rasa terhina,  lalu I  cakap pada dia, “Datuk! You  banyak duit. I  bukan nak cakap kurang ajar. Tapi daripada Datuk bagi duit tu pada I  lebih baik derma pada anak-anak yatim! Dapat pahala!” 

Lepas bercakap-cakap tu I  terus tutup telefon.

Family I  ada bisnes. I  pun ada perniagaan sendiri. Apa I  nak hairan? I  boleh pakai apa yang I  suka. Memang sejak kecil I  dah bercita-cita nak jadi model. Okeylah sekarang I  dah berjaya walaupun tak sehebat Nasha Aziz.

Ada seorang pula asyik tanya kawan-kawan I tentang  background  I. Datuk jugalah… dia ingat I  ni jenis perempuan macam tu. Untuk pengetahuan mereka I  tak berminat ke arah itu. Bab suka melawa tulah saja minat I,  lain-lain sorrylah!

Jangan samakan I  dengan perempuan-perempuan yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Walaupun tengok I  ni ranggi, I  masih ada maruah. I  masih tahu sempadan-sempadan dalam hidup ni.

Rasanya datuk-datuk ni belum kenal siapa I  sebenarnya. Dia orang ingat apabila I  sudi jumpa depa, terus depa anggap I murahan! Kalau mereka tahu latar belakang sebenar I  tentu mereka tidak berani berkata begitu pada I.  Apalagi mengucapkan kata-kata hendak mengambil I  sebagai perempuan simpanan mereka.

I  bukan peremuan cekai. Keluarga I  orang berada, tak payah bergantung dengan datuk-datuk tu nak hidup mewah.

Sumber : Majalah Mastika Mac 2004. Penulis : Sahidan Jaafar

Baca artikel-artikel menarik lain di Facebook, Instagram, Twitter