TRI.BE, kumpulan K-Pop bakal takluk pasaran antarabangsa

0
55
tribe

BERSEDIA untuk melakar sejarah antarabangsa, kumpulan idola K-Pop yang pertama dari Universal Music Group, TRI.BE melancarkan album debut mereka, TRI.BE Da Loca yang menampilkan dua single baharu iaitu Doom Doom Ta dan Loca.

TRI.BE terdiri daripada tujuh anggota iaitu Songsun, Jinha, Hyunbin, Soeun, Kelly, Jia dan Mire. Mereka berkebolehan untuk bertutur dan menyanyi dalam bahasa Inggeris, Cina, Jepun, dan Korea.

Salah seorang produser Korea yang terkenal di dunia, S.Tiger [BEAST, IU, 4Minute, MOMOLAND, EXID, T-ARA, Apink, HyunA], yang mengetengahkan TRI.BE dan menghasilkan dua trek yang terkandung dalam TRI. BE Da Loca.

Kini, kesemua tujuh anggota yang berkeyakinan tinggi dan berbakat besar ini secara rasmi memperkenalkan diri mereka dengan single utama Doom Doom Ta yang menggabungkan genre Afrobeat dan Moombahton dengan alur universal dan korus yang mantap membawa semangat kesejatian dan pemerkasaan diri.

TRI.BE dianggotai oleh tujuh orang wanita yang begitu mencintai dunia seni dan tarian

Kumpulan ini turut mempersembahkan video muzik berwarna-warni bersesuaian dengan konsep lagu tersebut yang memperlihatkan keperibadian mereka.

Sementara itu, rentak bertenaga dalam Loca telah membuka jalan bagi mengumumkan kemunculan perdana mereka pada tahun 2021.

Nama TRI.BE berasal dari gabungan kata segitiga yang menandakan bentuk yang paling sempurna dengan slogan “Kita sempurna seadanya”.

Kumpulan ini menyampaikan mesej mencintai diri sendiri dan keyakinan diri dengan melaungkan konsep utama mereka “Girl Swag”.