hanya kerana ikhlas

Dari Abdullah Bin Umar r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

“Ada tiga orang lelaki umat sebelum kamu telah keluar berjalan-jalan hingga sampai waktu malam mereka berehat di sebuah gua. Apabila mereka masuk ke dalam gua itu sebiji batu besar tiba-tiba menutup pintu gua itu.

Lalu salah seorang daripada mereka berkata, “Sesungguhnya tidak ada apa pun yang dapat menyelamatkan kita daripada batu besar ini kecuali kita berdoa dengan amalan soleh yang telah kita lakukan kerana Allah. Kemudian, mohonlah kepada Allah dengan amal soleh itu agar Allah menghilangkan kesusahan ini.

Lelaki pertama berkata: Ya Allah! Sesungguhnya, aku mempunyai ibu bapa yang sudah tua dan telah lanjut usianya. Aku juga mempunyai anak-anak yang masih kecil. Aku tidak mendahulukan keluarga ku kecuali mereka berdualah yang pertama. Suatu hari aku pulang lewat dari kerja. Lalua ku perahkan susu untuk mereka tapi aku dapati mereka berdua sudah pun tidur.

berlaku ihsan pada kedua ibu bapa

Aku tidak mahu beri perahan susu itu kepada keluarga ku selagi ibu bapa ku belum menjamahnya. Lalu aku menunggu dan memegang bekas susu itu sehingga mereka bangun. Sehinggalah terbitnya fajar dan mereka bangun dan minum. Lelaki itu berdoa,“Ya Allah! sekiranya apa yang aku lakukan itu hanya mengharapkan keredaan mu dan benar-benar ikhlas kerana Mu, maka bantulah kami hilangkan kesusahan kami ini disebabkan batu itu. Maka batu itu pun bergerak sedikit tetapi mereka masih tidak boleh keluar.

Lelaki kedua berkata, “Ya Allah! Aku mempunyai seorang sepupu perempuan iaitu anak kepada pakcik ku. Aku amat mencintainya sebagaimana seorang lelaki menaruh perasaan cinta kepada perempuan.

Aku hendak mendekatinya tetapi perempuan itu tidak mahu kepada ku. Sehinggalah pada suatu tahun itu berlakunya kemarau maka perempuan itu paling menderita kerana kemarau itu. Lalu sepupu ku itu datang kepada ku untuk meminta bantuan. Lalu aku berikan kepadanya 120 dinar dengan syarat aku dibenarkan melakukan apa saja ke atasnya.

Maka aku pun membiarkannya sehinggalah sampai waktunya aku mampu melakukan perbuatan terkutuk itu dengan dia.

Tetapi di saat aku ingin mencabul maruahnya, dia telah berkata, “Wahai hamba Allah! Bertakwalah kepada Allah dan aku tidak benarkan sesekali engkau ‘memecahkan dara ku’ kecuali dengan haknya.”

Lantas aku pun tidak jadi melakukan perbuatan itu lalu meninggalkannya sedangkan dia adalah perempuan yang paling aku cintai. Aku pun biarkan 120 dinar yang diambil oleh perempuan itu. Kemudian lelaki itu berdoa, “Ya Allah! sekiranya apa yang aku lakukan itu tadi semata-mata mengharapkan pahala dari Mu dan ikhlas kerana Engkau, wahai Tuhan ku lepaskanlah kami daripada kesusahan yang kami hadapi ini.” Maka batu itu pun bergerak sedikit namun masih tidak boleh untuk mengeluarkan mereka bertiga dari gua itu.

sentiasa berfikir positif dan percaya kepada Allah tatkala dilanda musibah

Rasulullah berkata lagi, maka berkata lelaki  yang ketiga, “Aku telah mengupah beberapa orang buruh. Sampai masanya aku telah membayar upah mereka kecuali seorang yang pergi tanpa mengambil gajinya.

Aku pun telah melaburkan gajinya itu sehinggalah dari sedikit hartanya menjadi cukup banyak. Dan lelaki itu datang kepada ku setelah beberapa ketika setelah hartanya menjadi banyak.

Berkata lelaki itu, “Wahai hamba Allah, berikanlah gaji ku. Maka majikan itu pun berkata, “Sesungguhnya apa yang engkau nampak di hadapan mata kamu ini iaitu sekumpulan unta, kambing dan hamba abdi, itu adalah gaji kamu. Lalu pekerja itu berkata, “Wahai Abdullah, janganlah engkau mempermainkan aku kerana gaji aku sedikit saja.

Jawab ku,“Aku tidak mempermainkan kamu, itulah dia gaji kamu yang telah aku laburkan. Ambilah milik mu” Lalu pekerja ku pun mengambil semua hartanya tanpa meninggalkan sedikit pun.

Lelaki ketiga itu berdoa, “ Ya Allah! sekiranya aku buat benda itu ikhlas kerana Mu,   Ya Allah! maka lepaskanlah kami daripada kesusahan ini.” Dengan itu Allah pun menggerakkan batu itu dan membuka kembali pintu gua. Keluarlah ketiga-tiga lelaki itu dari gua dan meneruskan perjalanannya” HR Bukhari Muslim

__________________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram