Pendakwah bebas, ustazah Asma’ Harun menerusi perkongsian di laman Facebook menggesa page Facebook ‘Riak apa hari ini’ ditutup atau ditukar tajuk.

Jelasnya, pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan. Malah sifat riak dihalalkan atas nama gurauan.

“Mohon Admin Group “Riyak Apa Hari Ni” boleh tukar tajuk atau tutup terus. PELBAGAI KEMUNGKARAN DAN DOSA SEDANG DIHALALKAN ATAS NAMA GURAUAN, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan caption riyak tapi kata GURAU, share pakaian dalam, dll yang aib sangat. JANGAN INDAHKAN PERKATAAN KEJI “RIYAK” ATAS NAMA GURAUAN.”

Sumber : Ustazah Asma’ Harun