Ayda Jebat kini sedang hamil?

0
427
ayda jebat nabil mahir

DUA bulan mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir khabarnya kini bakal menimang cahaya mata pertama.

Memetik laporan mStar, Ayda atau Nur Suhada Jebat dikatakan turut menemui pakar perbidanan dan sakit puan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur untuk melakukan pemeriksaan.

Bagaimanapun menurut sumber yang disampaikan, tidak dapat dipastikan usia kehamilannya penyanyi lagu Parah Parah itu.

Menerusi satu ciapan di Twitter pada 6 Februari lalu, Ayda ada memuat naik status berkenaan rasa bersyukurnya terhadap rezekinya diberi oleh Tuhan. Namun, dia tidak memperincikan maksud disebalik perkongsiannya itu.

“Alhamdulillah… syukur atas rezekimu,” tulisnya.

Malah, baru-baru ini juga, Nabil dengan secara spontan telah berkongsi di Instagram Story reaksinya yang mendengar perut Ayda seolah-olah memberi bayangan isterinya itu sedang berbadan dua.

“Macam-macam bunyi,” katanya.

Usaha URTV untuk menghubungi Ayda bagi mendapatkan pengesahan daripadanya tidak berhasil apabila panggilan telefon dan kiriman mesej di Whatsapp tidak berjawab.

Jika benar berita tersebut, semoga bayi dalam kandungan dan Ayda sentiasa sihat.