Budak perempuan (dalam bulatan merah) dirakam merangkak bawah katil sebelum kedua-dua kakinya hilang dipercayai ditarik oleh 'hantu'.


LONDON – Seorang bapa merakamkan detik-detik cemas dialami anak perempuannya yang didakwa ditarik oleh hantu semasa berada di bawah katil.

Budak perempuan dirakam bermain pada bucu tilam sebelum insiden ditarik oleh’hantu’.

Mirror Online melaporkan, rakaman dari kamera diletakkan di bilik tidur anaknya menunjukkan budak perempuan itu sedang berbaring pada bucu tilam sambil bermain ketika jam pada video menunjukkan pukul 11.37 malam sehingga sesuatu yang pelik berlaku.

Klip dimuatnaik di TikTok oleh  @joshdean0222  dengan kapsyen:” Anak perempuan saya ditarik di bawah katil…isteri percaya dia merangkak namun dia ditarik oleh sesuatu.

Sejak hantaran itu dimuatnaik, video itu ditonton hampir 8 juta kali di platform media sosial dan pelayar tidak percaya apa yang mereka tonton.

Budak itu dapat dilihat bangkit daripada tempat tidurnya sebelum berjalan menuju bantal dan merangkak di bawahnya.

Namun secara tiba-tiba, kanak-kanak perempuan itu panik dan mula menangis sambil memanggil ibunya ketika kedua-dua belah kakinya dirakam hilang daripada kamera.

Klip itu setakat ini mendapat 725,000 ‘like’ dan 26,000 komen daripada penonton yang terkejut dengan apa yang mereka lihat seolah-olah budak perempuan itu ditarik oleh sesuatu.

Seorang netizen berkata:”Tidak mungkin dia takut dan menangis memanggil ibunya serta mahu terus merangkak di bawah katil”.

“Ya Tuhanku, adakah dia OK? Adakah isteri anda tidak mendengar suaranya? Dia terlalu takut dan menjerit untuk ibunya.Jantung saya luruh,” kata netizen berikutnya.

Seorang lagi netizen menulis:”Saya akan keluar.Hanya beri kunci rumah kepada hantu dan PERGI!”.

Bagaimanapun, seorang lagi netizen tidak yakin dan menulis:”Budak itu dengan jelas pergi ke bawah katil mencari permainannya. Dan dia menangis kerana tidak menjumpai jalan keluar. Logik akal.”