fatin afeefa

PELAKON Fatin Afeefa sering kali menerima mesej nakal daripada lelaki yang sengaja mencetuskan provokasi di ruangan akaun Instagramnya.

Meskipun pelakon berusia 27 tahun itu mengabaikan komen-komen yang tidak masuk akal, namun Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin tetap menjadi ‘buruan’ golongan itu.

Mana tidaknya, walapun sudah memiliki dua orang cahaya mata, namun penampilannya yang seksi tetap membuatkan ramai peminat tidak keruan dengan bintang filem Tentang Bulan ini.

Baru-baru ini, Fatin ada memuat naik gambar berwarna hitam putih yang memaparkan wajahnya memakai pelitup muka di laman sosial Instagramnya.

Namun, yang menjadi perhatian apabila bekas isteri kepada pelakon Adam Shahz itu telah meninggalkan komen yang memaklumkan dirinya sudah membuat laporan polis terhadap seorang pengikut yang menghantar gambar tidak senonoh dan meninggalkan mesej lucah kepadanya.

“Saya dah buat laporan polis. Awak ‘harras’ saya dengan gambar siput sedut awak dekat ‘dm’ (mesej langsung) saya,” balas Fatin pada komen individu terbabit.

Fatin telah membuat laporan polis susulan menerima mesej berbaur serangan seksual

Sementara itu, komen Fatin turut mendapat reaksi daripada netizen yang bersetuju dan menyokong tindakannya melaporkan serangan seksual itu kepada pihak berkuasa.

Netizen turut setuju Fatin membuat laporan kepada pihak polis

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Siapakah pilihan anda dalam PRU-15?

TONTON VIDEO PILIHAN: