Resipi kek lapis limau purut

0
738
kek lapis limau purut

Pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis, warna dan rasa kek lapis. Kali ini Saji kongsikan resipi kek lapis limau nipis oleh Salami Simon.Jom tengok bahan yang diperlukan dan langkah demi langkah untuk menghasilkan kek ini.

BAHAN
150 gm tepung Hong Kong
400 gm mentega tulen
200 gm gula halus
6 sudu besar susu pekat manis
10 biji telur gred AA
20 gm ovallette
1 sudu kecil serbuk buah pala
1 sudu besar parutan kulit limau purut – parut bahagian kulit yang berwarna hijau sahaja
1 titik pewarna hijau epal
Loyang berukuran 8” X 8” X 3” – alas kertas dan gris pada dasar loyang

CARA
1.Pukul mentega sehingga kembang, kemudian masukkan gula serta ovallate.
2.Masukkan telur satu persatu, dan pukul lagi sehingga kembang dan pekat.
3.Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah.
4.Kemudian masukkan pula tepung Hong Kong, diikuti dengan serbuk buah pala dan pukul dengan kelajuan rendah sehingga adunan sebati.
5.Selepas itu, masukkan parutan kulit limau purut dan pewarna hijau epal. Gaul menggunakan spatula hingga rata.
6.Ambil dua senduk adunan dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas selama 10 minit dengan suhu 180°C
7.Keluarkan loyang kek dan untuk mengelakkan daripada kek menggelembung, cucuk-cucuk permukaan kek dengan garpu, atau tekan dengan penekan kek. Lakukan begini pada setiap lapisan kek.
8.Ambil 2 senduk adunan lagi dan ratakan. Bakar lagi selama 10 minit.
9.Ulangi Langkah 6, 7 dan 8 dan seterusnya sehingga selesai.
10.Setelah selesai bakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah dan bakar lagi di antara 12 minit hingga 15 minit supaya masak keseluruhan kek.

Foto & Resepi: Salami Simon

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Siapakah pilihan anda dalam PRU-15?