nasi jagung kari

Hidangan yang dimasak sendiri di rumah bukan sahaja lebih menjimatkan, malah lebih enak. Jom cuba resipi nasi jagung kari yang dikongsikan oleh Imelda ini.

BAHAN
2 cawan beras perang
3 cawan air
1 tin besar isi jagung manis – tapis dan ambil airnya
1 cawan air jagung – ambil dari isi jagung yang di tapis tadi
½ cawan susu segar
3 sudu besar mentega
1 labu bawang Bombay – mayang
3 sudu besar serbuk kari daging – pes
1 cawan kacang gajus
Sedikit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
Sedikit daun ketumbar – hiris halus
Sedikit garam

CARA
1.Beras dibasuh bersih, tapis sehingga airnya kering.
2.Kemudian masukkan mentega dan bawang bombay, tumis hingga naik bau.
3.Masukan kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih ke dalam periuk, tumis sehingga bawang kekuningan. Tambahkan pes kari dan tumis sehingga rempah kari garing.
4.Setelah itu, masukan jagung dan beras, goreng sehingga bahan-bahan mesra.
5.Masukkan air, air jagung dan juga susu segar kemudian kacau sehingga rata lalu masukkan garam secukup rasa.
6.Apabila air mendidih tutup periuk, taburkan kacang gajus dan tanak sehingga nasi masak.
7.Kacau nasi dan pastikan nasi masak sepenuhnya. Taburkan hirisan daun ketumbar. Sedia dihidangkan.

Resipi: Imelda Maya Harris, Desa Sri Hartamas

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Siapakah pilihan anda dalam PRU-15?