sugarbook dakwa
Pengasas laman Sugarbook dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Shah Alam, disini hari ini. - GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGASAS laman web mencari teman dan aplikasi ‘Sugarbook’ didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan pagi ini, Bernama melaporkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, Pengarah Pendakwaan Selangor bersetuju untuk menuduh suspek di bawah seksyen tersebut kerana kesalahan berkaitan membuat kenyataan yang mendorong kepada keresahan dan kebimbangan orang ramai.

Pengasas laman Sugarbook dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Shah Alam, disini hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Pertuduhan dijalankan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada jam 9 pagi, Rabu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Suspek berusia 34 tahun itu sebelum ini telah direman selama tujuh hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

  • UtusanTV