Anak asyik baling skrin tv sampai rosak, gunakan alat ini. Confirm selamat

0
51

Lumrah punya anak kecil, macam-macam ragam dibuat yang ada kalanya tak masuk dek akal. Tapi kerana sayang, ku senyumkan sahaja.

Seperti kisah yang dikongsikan Ann Nadzri menerusi page Anak Sepahkan Apa Hari Ini. Jelasnya andai ibu bapa punya anak kecil yang sedang aktif, gunakan pelindung skrin televisyen untuk mengelakkannya daripada rosak akibat sering dibaling alat permainan.

Tulisnya, pelindung skrin ini diperbuat daripada arcylic. Walaupun tebal namun ia tidak menjejaskan kualiti gambar.

“Anak tak sepah ape2 lagi arini.. Tapi nak cerita akhir tahun lepas si adik ketuk tv pakai permainan dia.. Lalu bergelap tv tu so ayahnya decide beli tv baru & pasang screen protector ni.. Alhamdulliah.. Setakat ni kalau anak campak mainan ke ketuk2 ke tak kena skrin TV. So yg ada anak kecil tgh melasak boleh la cuba pakai screen protector ni sbb tebal & dperbuat drp arcylic & paling penting tak jejas kualiti gambar.. Nak lap screen pon senang.. Tak risau dah semoga membantu berjimat drp beli tv berkali2 di musim pkp ini,” kongsinya.

Sumber : Ann Nadzri