Cara sediakan serunding halia yang garing dan pedas menyengat. Mudah je!

0
70

Halia, ulam yang cukup berkesan bagi membuang angin di dalam badan. Namun rasanya yang agak pijar menyukarkan ia dimakan secara mentah.

Sebagai alternatif, anda boleh mencuba pelbagaikan menu halia dan salah satunya ialah Serunding Halia. Rasanya cukup enak dan sekali rasa pasti nak lagi.

Terima kasih Masfaliza Ab Jaafer atas perkongsian resipi.

Bahan :
Halia tua – Tips: cari halia yang tak begitu tua dan yang panjang supaya mudah untuk disagat
Ikan bilis
Garam bukit
Perencah hilal
Minyak masak

Cara :

1. Pilih halia yang cantik dan sagat. Selepas itu, letakkan sedikit garam bukit dan gaul rata.
2. Contoh tekstur halia selepas disagat.
3. Selepas disagat, perah air halia sekuat hati. Selepas proses perahan, terus basuh tangan kerana bimbang andai tangan pijar.
4. Panaskan minyak. Gunakan minyak yang banyak supaya tekstur halia cantik.
5. Bagi baki halia yang disagat, kisar atau gunakan chopper. Selepas itu perah airnya.
6. Goreng.
7. Apabila sudah keperangan, angkat dan toskan.
8. Hasilnya. Toskan minyak.
9. Ikan bilis digoreng garing dan dikisar. Boleh gunakan chopper. Mudah dan pantas.
11. Selepas dikisar, gaulkan sebati ikan bilis dan sedikit serbuk hilal pada halia tadi. Sebelum itu, toskan halia yang digoreng dengan tisu dapur untuk membuang lebihan minyak.

Sumber : Masfaliza Ab Jaafer