Seorang ketua balai polis berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun ditahan dalam serbuan itu.

Nak buat komen Facebook Live memang boleh. Cakap lah apa sahaja cuma kena ingat yang Malaysia ada undang-undang mengawal kebebasan bersuara.

Kalau tidak kena saman sivil, boleh juga kena pertuduhan jenayah. Dua-duanya tak berbaloi kalau kena.

Ini yang terjadi kepada seorang penjual kuih yang videonya tular di media sosial kerana menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kajang hari ini, atas pertuduhan membuat video secara langsung di akaun Facebook miliknya untuk memalukan pasukan keselamatan itu, tahun lalu.

Bagaimanapun, Ahmad Tuah Abdullah, 38, mengaku tidak bersalah hina PDRM selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Memetik laporan Bernama, lelaki itu didakwa secara sedar menggunakan aplikasi Facebook atas nama ‘Tuah Ahmad Tuah’ dan memulakan video secara langsung yang jelek sifatnya untuk memalukan nama PDRM dan nama ketua anggota PDRM, dengan niat menyakitkan hati orang lain dan pasukan keselamatan itu.

Ahmad Tuah yang didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai makan di sini, pada 2.44 petang, 31 Ogos tahun lepas, dituduh mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Baca artikel berkaitan: Malaysiakini didenda hina mahkamah, Ketua Pengarang bebas

Ahmad Tuah yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana bekerja sebagai penjual kuih hanya memperoleh pendapatan rendah lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

“Saya tidak ada niat untuk menjatuhkan martabat PDRM dalam video itu. Saya mohon mahkamah kurangkan jaminan kerana saya tidak berkemampuan,” katanya dalam nada sebak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan semula kes hina PDRM itu bagi serahan dokumen.


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.