KP Kesihatan kata Alhamdulillah, tiada demam, tiada rasa sakit

0
127
semuanya baik

TIDAK seperti digembar-gemburkan golongan antivaksin, apa yang dilalui Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 semalam sangat baik.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan itu, bukan sahaja tiada gejala demam bahkan tiada rasa sakit di tempat suntikan.

“Alhamdulillah, sehari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, tiada kesan sampingan yang dialami setakat ini.

“Tiada gejala demam atau pun rasa sakit di tempat suntikan,” kata pakar bedah terkemuka itu dalam hantaran Facebook hari ini.

Baca artikel berkaitan: Vaksinasi bersejarah bermula, Muhyiddin selesai disuntik dos pertamaWarna jarum?

Skrip sama di Australia diulangi antivaksin

tiada demam
Tiada demam, tiada kesan sampingan dirasai selepas sehari menerima dos pertama vaksin COVID-19 semalam, kata Noor Hisham Abdullah

Menurut Noor Hisham, jumlah larutan vaksin yang digunakan adalah hanya 0.3 mililiter (ml) dan jarum yang digunakan adalah jarum yang halus iaitu saiz 25 G.

“Segeralah mendaftar di MySejahtera untuk menerima vaksin COVID-19 yang akan diberikan mengikut fasa kelayakan yang ditetapkan.

Baca artikel berkaitan: Selepas PM, Dr Adham dan KSN pula disuntik vaksin COVID-19

“Saya Nak Vaksin”, lagi cepat selesai lagi baik

“Vaksin memberi pelindungan diri dan pelindungan imuniti kelompok. Lindung Diri, Lindung Semua,” ujarnya.

Dalam isu berasingan, Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan laporan sebuah portal berita kononnya Hospital Serdang merancang memberi vaksin COVID-19 kepada personaliti media sosial dan pengurusan kanan hospital itu esok.

Beliau berkata, isu ‘memotong barisan’ bagi mendapatkan vaksin adalah tidak dibenarkan dan akan disiasat untuk tindakan lanjut.

Katanya, semakan awal mendapati Hospital Serdang bercadang memberi vaksin COVID-19 kepada beberapa ketua jabatan klinikal, selain anggota barisan hadapan lain sebagai menunjukkan teladan yang baik kepada petugas hospital.

“Ketua jabatan klinikal adalah pakar perunding bidang masing-masing dan sememangnya terdedah kepada risiko COVID-19, selain kerap mempunyai kontak dengan pesakit mahupun waris semasa menjalankan tugas.

“KKM ingin menegaskan pemberian vaksin akan diberi mengikut keutamaan seperti yang dinyatakan sebelum ini,” katanya


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.