lala telur masin

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi lala telur yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN:
200gram lala – dicuci bersih dan ditoskan
3 tangkai cili padi – dihiris halus
4 helai daun kari
2 sudu besar mentega
1 biji kuning telur masin yang telah direbus – dihancurkan
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:

1.Panaskan kuali dan masukkan mentega. Cairkan mentega dengan api sederhana.
2.Selepas itu masukkan daun kari, cili padi, garam dan serbuk lada hitam.
3.Kemudian masukkan kuning telur masin dan kacau sehingga berbuih.
4.Akhir sekali masukkan lala dan kacau sebati sehingga masak.
5.Angkat dan hidangkan.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi