begedil daging

Suka makan begedil daging? Jom cuba resipi begedil daging yang dikongsi oleh Datuk Cef Ismail ini. Puas hati bila dapat makan bergedil yang dibuat sendiri.

BAHAN
1kg kentang – dikupas dan direbus sehingga empuk
350gm daging kisar
20gm bawang putih goreng – ditumbuk halus
3 ulas bawang putih
10gm daun sup – hiris halus
2 biji telur
1 sudu besar pati pekat ayam
1 liter minyak masak
Garam secukup rasa

CARA
1.Lenyek kentang sehingga lumat dan tiada ketulan.
2.Masukkan daging kisar, bawang goreng, bawang putih goreng, daun sup, telur, pati pekat ayam dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
3.Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bebola. Ulang proses sehingga habis.
4.Di dalam bekas yang berasingan, pecahkan telur dan pukul. Masukkan dan gaul rata bebola bergedil ke dalam telur sebelum digoreng.
5.Goreng dalam minyak panas sehingga keperangan. Angkat dan sedia dinikmati.

Resipi : Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.