Selepas PM, Dr Adham dan KSN pula disuntik vaksin COVID-19

0
166
disuntik vaksin
Dr Adham Baba menerima suntikan vaksin COVID-19 di PKD Putrajaya./ Gambar FB KKM

SEHARI selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima disuntik vaksin COVID-19, hari ini giliran Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerima dos pertama vaksin Pfizer BioNTech itu.

Dr Adham yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) menjadi anggota Kabinet kedua menerima suntikan tersebut.

Beliau disuntik pada jam 12.45 tengahari tadi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11 Putrajaya.

Bersama beliau menerima suntikan berkenaan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Turut menerima suntikan vaksin COVID-19 adalah tiga orang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Tawfik Adnan yang bertugas sebagai pemandu.

Baca artikel berkaitan: Vaksinasi bersejarah bermula, Muhyiddin selesai disuntik dos pertama

Dua lagi ialah Pembantu Kesihatan Awam di PKD Putrajaya, Farid Md Ithnin dan Yusniza M Yusof yang bertugas sebagai jururawat di Klinik Kesihatan, Presint 11 Putrajaya.

Dua orang vaksinator yang bertugas tadi adalah Laily Norazura Yakub yang bertugas i Klinik Kesihatan Presint 11 dan Muhamad Bakhrul Ulum Mohd Rashid yang bertugas di Klinik Kesihatan Presint 9.

Baca arikel berkaitan: Warna jarum? Skrip sama di Australia diulangi antivaksin

“Kalau tak mahu sudah.. saya nak vaksin”

Ini merupakan hari kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah bermula semalam dengan suntikan pertama vaksin COVID-19 telah diterima oleh Muhyiddin juga PPV di PKD Putrajaya, Presint 11.

Penghantaran pertama vaksin COVID-19 daripada Pfizer BioNTech diterima pada Ahad lalu melibatkan lebih 300,000 dos.

Penghantaran secara berperingkat itu akan memenuhi sasaran 500,000 penerima dalam fasa pertama yang melibatkan kumpulan petugas barisan hadapan kesihatan dan bukan kesihatan.

Prosus vaksinasi dengan dua kali suntikan untuk fasa pertama ini dijangka selesai pada hujung April,

Keseluruhannya, lebih 25 juta penduduk Malaysia bakal menerima vaksin berkenaan yang merupakan sinar harapan baharu dalam berperang dengan COVID-19.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.