Warna jarum? Skrip sama di Australia diulangi antivaksin

0
428
Warna jarum digunakan PM Australia telah dijadikan isu pada Ahad lalu dan kali ini diulangi di Malaysia pula bagi yang tidak mahu menyelidik.

“NAMPAKNYA vaksin ini tidak dapat memindahkan kepintaran otak bapa saya kepada DNA saya. Kalaulah ada kuasa itu..,” seloroh anak Bill Gates sebaik menerima dos pertama vaksin COVID-19 baru-baru ini.

Komen sinis Jeniffer K Gates, 24, menjadi perhatian ramai susulan bapanya yang juga pengasas Microsoft itu pernah menjadi topik utama konspirasi vaksin.

Dakwaan kononnya Gates mahu menyuntik mikrocip melalui vaksin tersebut dan bermacam-macam lagi jadi perbincangan di media sosial.

Justeru, komen anak billionaire teknologi maklumat (IT) itu menjadi tajuk berita kerana isu vaksin mengubah DNA juga semakin kuat.

Malah di Afrika, ada yang berkonspirasi kononnya vaksin tersebut mengubah DNA termasuk mengubah kecenderungan seks kepada gay.

Nampaknya tidak pula berkonspirasi mengatakan vaksin itu boleh menjadikan penerimanya bijaksana seperti kata anak Bill Gates.

Senang cerita, kalau bangang itu bangang juga kecualilah berusaha mendalami ilmu untuk menjadi pandai.

Cuma yang takut golongan pandai pun boleh menjadi sebaliknya hanya kerana nak tunjuk pandai dalam bidang yang bukan kepakaran mereka.

Teringat pula Donald Trump, banyak duit pun belum tentu cerdik dalam semua perkara.

Di Malaysia, Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 bermula secara rasminya semalam. Seluruh mata tertumpu kepada suntikan diterima Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baca artikel berkaitan: Vaksinasi bersejarah bermula, Muhyiddin selesai disuntik dos pertama

Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula semalam dengan suntikan pertama diterima Muhyiddin Yassin bersama lima lagi petugas barisan hadapan kesihatan.

Sampaikan warna jarum yang digunakan Lina Ibrahim, ketua Jururawat untuk menyuntik dos pertama Pfizer BioNTech kepada Perdana Menteri pun ramai perhatikan.

Tiba-tiba gegak-gempita di media sosial pertikaian mengenai warna jarum hinggakan mendakwa acara semalam hanyalah kepalsuan semata-mata.

Yang tak tahu nak ‘google’ akan mudah percaya. Sedangkan tiada apa luar biasa pun dari jarum biru kepada oren atau merah.

Bahkan, di Australia empat hari lalu juga sudah ditimbulkan isu sama terhadap Perdana Menteri negara itu, Scott Morrison ketika menerima suntikan pertama.

Skrip sama sahaja, yang berlaku di Australia Ahad lalu diulangi balik golongan antivaksin di Malaysia semalam.

Yang tak tahu, mereka rasa hujah warna jarum itu macam berbunyi bijak, ada asas dan sebagainya.

Walhal semua itu satu orkestra yang dimainkan dengan penuh terancang.

Kenapa dari biru kepada warna oren? Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada respons mengenainya iaitu menunjukkan saiz lubang jarum berbeza dan untuk mengelakkan berlakunya pencemaran silang.

“Semasa menyedut vaksin dari botol, ia memerlukan jarum lebih besar iaitu warna biru bagi memastikan proses pengekstrakan berjalan lancar,” katanya.

Menurut unit komunikasi KKM, penggunaan jarum bersaiz lebih kecil iaitu merah atau jingga adalah untuk mengurangkan rasa sakit dan kesan lebam.

Penjelasan KKM ini sama sahaja dengan apa yang terkandung dalam US Centers for Disease Control and Prevention guidelines for administering the Pfizer-BioNTech COVID-19 dan The Australian Immunisation Handbook.

Baca artikel berkaitan: “Saya Nak Vaksin”, lagi cepat selesai lagi baik

“Kalau tak mahu sudah.. saya nak vaksin”

Masih tak percaya? silalah Google sendiri manual panduan suntikan vaksin Pfizer yang dinyatakan Amerika Syarikat dan Australia.

Tapi kalau tak mahu juga sudah.. Ramai lagi yang nak.

#SayaNakVaksin

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.