Resipi kerabu ayam

0
377
kerabu ayam

Sedapnya kerabu ayam ni. Jika anda gemarkan kerabu, wajib cuba resipi kerabu ayam yang dikongsi oleh Cef Muhamad Rasek Ariffin dari Hotel Royal Kuala Lumpur ini.

BAHAN:
300 gm isi ayam
1 labu bawang besar – hiris
3 biji tomato -hiris
10 tangkai cili padi – hiris
5 helai daun limau purut – hiris
½ biji timun – buang empulur dan potong panjang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka @ air limau nipis @ air asam jawa
Garam & gula secukup rasa

CARA:
1.Rebus isi ayam sehingga masak dan toskan.
2.Selepas itu, carikkan isi ayam dan gaul rata bersama bawang besar, cili padi daun limau purut dan timun.
3.Kemudian masukkan cuka, sos cili, garam dan gula. Gaul sebati.

Tips: Cuka boleh digantikan dengan air limau nipis atau air asam jawa.

Resepi: Cef bankuet & katering Hotel Royal Kuala Lumpur, Muhamad Rasek Ariffin