Syariah: Menanti respons menteri susulan keputusan semalam

0
256
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di Shah Alam. GAMBAR: Abd Razak Aid

ANALISIS

SEHINGGA saat ini, ramai masih menanti kenyataan rasmi menteri atau jabatan kerajaan berkaitan dengan pentadbiran undang-undang dan Islam susulan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.

Kerajaan negeri yang bertanggungjawab pada perundangan Islam pula seperti Selangor setakat ini mahu tengok dulu keputusan semalam. Begitulah juga Kedah misalnya. Tapi ada jugalah kenyataan susulan keputusan itu.

Realitinya, keputusan Mahkamah Persekutuan semalam mengenai peruntukan jenayah seks luar tabiie dalam enakmen jenayah syariah Selangor yang dianggap tidak berperlembagaan telah mengejutkan ramai.

Walaupun perlu menerimanya dengan berlapang dada namun rasa cemas dan khuatir terhadap masa depan undang-undang jenayah syariah tidak boleh diketepikan susulan keputusan semalam.

Hakim-hakim terlibat memutuskan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terhadap isu yang dibawa di hadapan mereka.

Baca artikel berkaitan: Keputusan buka ruang pihak lain cabar Enakmen Jenayah Syariah – PGSM

Apa kesannya? Setakat ini yang mengeluarkan pandangan sama ada dalam bentuk kenyataan media mahu pun hantaran di media sosial adalah peguam dan pensyarah undang-undang.

Antaranya peguam kanan seperti, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Lukman Sheriff, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan ahli akademik, Dr Fathi Aris Yusof.

Mereka memberikan tafsiran masing-masing berhubung kesan daripada keputusan mahkamah semalam tetapi rata-ratanya mengakui tiada siapa boleh berpeluk tubuh terutama umat Islam yang sayangkan institusi perundangan syarie.

Umumnya mereka bimbang keputusan semalam akan membuka ruang kepada usaha-usaha pihak yang tidak senang dengan pemerkasaan mahkamah syariah untuk membawa ke mahkamah berhubung peruntukan lain pula.

Pada masa sama, ada satu lagi kebimbangan iaitu bimbang apabila sehingga ke saat ini pun belum ada satu kenyataan daripada pihak kerajaan sama ada yang meredakan atau menceritakan tindakan susulan awal.

Sedangkan ada peguam yang menyuarakan perlunya peruntukan Perlembagaan Persekutuan dipinda segera agar perundangan jenayah syariah yang sedia terkandung ini tidak lagi dicabar.

Bukan hanya vaksin, isu ini pun sama penting. Kita tunggu setidak-tidaknya kenyataan menteri-menteri berkaitan menyatakan akan dipanggil mesyuarat menghimpunkan peguam dan tokoh perundangan Islam.

Itu contoh, tapi okay juga.


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.