Tahniah! David Foster dikurniakan anak lelaki pada usia 72 tahun

0
318
david foster

PENYANYI Katharine McPhee,37, dan suaminya iaitu komposer terkemuka, David Foster,72, menimang cahaya mata lelaki.

Berita gembira itu disahkan oleh wakil Katharine sendiri yang memberitahu bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat.

“Ibu, bapa dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat,” kata wakil itu kepada Daily News.

Ini merupakan anak keenam bagi Foster dan yang pertama untuk Katharine.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2019 selepas menjalinkan hubungan cinta ketika Katharine menyertai program American Idol musim kelima pada 2006.

Untuk info, menerusi perkahwinan terdahulu, Foster dikurniakan lima anak iaitu Erin, Amy, Sara, Allison Jones dan Jordan.