“Dia call banyak kali tu sebab nak tarik perhatian saya,” – Kisah yong tau fu dan pemandu Grab OKU

0
112

Menitipkan kisah yang cukup menyentuh hati di ruang Facebook, Bonda Nor berkongsi pengalaman bersama pemandu Grab.

Jelasnya, selepas menunggu hampir satu jam, namun makanan yang dipesan masih tidak kunjung tiba. Sebaliknya dia hanya mendapat beberapa panggilan daripada nombor yang sama tanpa sebarang suara.

Bagaimanapun, selepas tergerak hati memeriksa ruangan mesej, apa yang diterima cukup menyentap hati. Ikuti kisah selanjutnya.

“Tadi terasa sangat nak makan Yong Tau Fu. Laju tangan order guna Grab Food. Ikut sistem, dah dapat rider dan patutnya sampai pukul 6.15 tapi sampai 6.45 tak sampai-sampai.

“Geramlah juga sebab tak suka buka pintu rumah kalau dah nak maghrib. Antara jam 6.15 ke 6.45 tu, banyak kali dapat call daripada nombor yang sama.

“Memang biasanya saya tak angkat call kalau nombor tak dikenali. Tapi sebab ni tengah tunggu Grab Food kan, terpaksalah angkat juga takut rider susah nak cari rumah.

“Angkat, senyap. 5 minit lepas tu, dia call lagi. Saya angkat, senyap. Ya, berulang kali jadi macam tu. Makin geramlah pulak! Main-main ke apa dia ni!

“Lebih jam 7 malam, tergerak hati nak cek mesej kat Grab order tu.

“Ya Allah, terus sebak teramat! Bergenang air mata. Rupa-rupanya rider tu pekak dan bisu.

“Rupa-rupanya, banyak kali dia mesej saya tanya lokasi rumah nak hantar. Dia siap bagitau dia pekak dan dia bisu. Tapi saya tak semak inbox. Saya tak baca. Saya tak tahu masalahnya!

“Dia call banyak kali tu sebab nak tarik perhatian saya suruh cek inbox rupa-rupanya. Allahu Rabbi.

“Hampir sejam dia berpusing-pusing cari lokasi nak hantarkan makanan yang saya teringin nak makan. Langit dah makin gelap, tapi dia masih tak tahu kat mana nak hantar makanan yang customer order. Tapi dia tetap setia tunggu dan mencuba. Padahal bukannya banyak pun upah hantar tu cuma RM3 saja. Tapi seksanya dia nak dapat rezeki banyak tu.

“Saya sebak! Rasa bersalah sungguh! Sebelum sistem close, sempat tangan saya tekan tips for rider untuk tebus rasa bersalah ini. Bagi dia nilai tips paling tinggi yang ada di situ, tapi tetap rasa tak cukup. Tetap juga rasa bersalah terlalu mencengkam hati.

“Moga Allah ampuni salah sangka saya dan limpah ruahkan rezeki buat adik Grab Food tadi. Itulah kita manusia, kadang mudah berprasangka, hanya fikir apa yang kita nak tanpa fikir apa masalah orang.

“Saya tulis kat sini untuk jadi peringatan pada saya lain kali. Mana tahu jadi pada tuan puan pula suatu hari nanti, tidaklah tuan puan lakukan kesilapan yang sama macam saya hari ini. Yang kadang kita ingat salah orang, rupa-rupanya salah sendiri. Allahu Rabbi. #BondaNor.”

Sumber : Bonda Nor