shahrizat parfum

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengekalkan jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) bagi sesi 2021/2022.

Pada pemilihan ahli jawatankuasa persatuan itu semalam, peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah pula dipilih mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PARFUM.

Menurut Setiausaha Kehormat PARFUM, Edwin Paramjothy, persatuan itu telah mengadakan Mesyuarat Agungnya kali keempat semalam secara online.

“Mesyuarat Agung pada kali ini juga amat istimewa apabila turut dihadiri oleh Yang Amat Arif, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Negara yang juga merupakan ahli PARFUM.

“Turut hadir, mantan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif selaku Penaung PARFUM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Edwin, PARFUM akan meneruskan program-program bagi alumni Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya terutama untuk pelajar- pelajar fakulti serta beberapa program lain.

PARFUM juga menyeru kepada semua alumni yang belum berdaftar untuk turut sama menyertai PARFUM. 

Shahrizat PARFUM

Berikut senarai ahli jawatankuasa PARFUM yang telah dipilih:

1) Presiden: Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
2) Timbalan Presiden: Tan Sri Muhammad Shafee Md Abdullah
3) Setiausaha Kehormat: Edwin Paramjothy Michael Muniandy
4) Bendahari Kehormat: Saif Bhatti
5) Ahli Jawatankuasa:

  • Shaik Mohamed Mohd Sahed
  • Arief Tuan Mohamad Yusof
  • Khairul Anwar Hairudin
  • Dr. Vincent Ng Wei Chyun
  • Prof. Dato’ Dr. Abdul Murad Ahmad