Tren kargo KTMB tergelincir berhampiran Stesen Komuter Batu Tiga

0
50
Sebuah tren kargo tergelincir berhampiran Stesen Komuter Batu Tiga, Shah Alam, disini hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sebuah tren kargo tergelincir berhampiran stesen komuter Batu Tiga, Shah Alam hari ini mengakibatkan kedua-dua landasan berhampiran terhalang sepenuhnya.

Tren yang dalam perjalanan dari Padang Besar, Perlis menuju ke West Port, Klang tergelincir melalui landasan di KM 20.041. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Rani Hisham Samsudin, tiada kemalangan jiwa yang membabitkan kakitangan serta orang awam.

Sebuah tren kargo tergelincir berhampiran Stesen Komuter Batu Tiga, Shah Alam, disini hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Sebanyak 11 dari daripada 50 gerabak telah tergelincir, manakala 39 lagi dengan lokomotif tren masih berada di atas landasan,” katanya.

“Perkhidmatan KTM Komuter yang melalui laluan tersebut tidak dapat beroperasi ekoran insiden itu, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

KTMB sedang giat menjalankan kerja-kerja pengalihan gerabak ke kawasan yang lebih selamat.

Menurut beliau, ini bagi membolehkan kerja-kerja membaiki landasan dilakukan serta merta.

“Siasatan insiden itu juga masih dijalankan dan mengenal pasti punca kejadian itu berlaku,” katanya.

KTMB menyediakan bas-bas perantara kepada penumpang yang terlibat dari Stesen Subang Jaya ke Stesen Shah Alam bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Sebuah tren kargo tergelincir berhampiran Stesen Komuter Batu Tiga, Shah Alam, disini hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid