8 penawar musibah

0
63
8 penawar musibah

8 penawar musibah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Abu Al-Farj Ibnu Al-Jauzi supaya musibah yang melanda dapat kita tanganinya dengan baik, antaranya: 

1.  Hendaklah seseorang itu menyedari bahawa dunia ini tempat ujian dan kesusahan bukan untuk bersenang lenang.

2. Hendaklah seseorang itu meyakini bahawa setiap ujian mahupun musibah itu adalah di atas ketentuan Tuhan .

3. Bagi yang ditimpa musibah, harus melihat pada musibah yang lebih besar yang pernah menimpa orang lain agar dia menjadi orang yang bersyukur dan redha.   

4. Hendaklah yang ditimpa musibah itu mengharapkan ganti yang lebih baik daripada Allah.

5. Hendaklah orang yang terkena musibah atau diberikan ujian itu mengharapkan pahala daripada Allah di atas kesabarannya menghadapi ujian tersebut. 

6. Hendaklah memahami bahawa musibah itu adalah atas kehendak Allah untuk memberikannya yang lebih baik daripada sebelumnya.

7. Menganggap musibah yang menimpa diri adalah kerana dia menjadi pilihan Allah untuk menikmati rahmat dan kasih sayang Allah.

8. Hendaklah memahami bahawa musibah yang menimpa diri bukan untuk selamanya.

______________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram