Ikan Goreng Cili Garam

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi ikan goreng cili garam yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Wajib cuba!

BAHAN
800 gm ikan jenahak – potong kecil
150 ml minyak masak
15 gm daun limau nipis – carik
100 gm tepung ubi
10 gm garam
15 gm gula

BAHAN KISAR
350 gm cili merah
100 gm bawang putih
50 gm bawang merah

CARA
1.Ikan yang telah dibersihkan, disalut dengan tepung ubi. Goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2.Panaskan kuali, tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
3.Masukkan daun limau nipis, garam dan gula. Kacau sebati sehingga masak.
4.Kemudian, tuangkan di atas ikan jenahak yang telah siap digoreng tadi. Hidangkan.

Resepi: Cef Ahmad Rafaie Alias