Kronologi setahun pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin

0
170

1 Mac 2020: Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

9 Mac 2020: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan barisan Kabinet tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya melantik empat menteri kanan iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Kanan-Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan-Menteri Pertahanan); Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kanan-Menteri Kerja Raya) dan Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin (Menteri Kanan-Menteri Pendidikan). 

11 Mac 2020: Tubuh Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dan melancarkan tabung khas bantu pesakit Covid-19. 

16 Mac 2020: Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac untuk menangani penularan pandemik Covid-19. 

19 Mac 2020: Umum peruntukan tambahan RM160 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk disalurkan kepada 26 hospital bagi pembelian aset perubatan dan bukan perubatan susulan gelombang kedua pandemik di negara ini. 

23 Mac 2020: Umum peruntukan tambahan RM500 juta kepada KKM bagi menangani gejala Covid-19; RM100 juta untuk melantik 2,000 kakitangan kesihatan baharu dan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur bawah 55 tahun dibenar membuat pengeluaran daripada Akaun 2. 

25 Mac 2020: Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 14 April 2020 dan umum penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan serta penyusunan semula baki kad kredit dan pinjaman korporat. 

27 Mac 2020: Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion memberi manfaat kepada rakyat dengan separuh daripada peruntukan iaitu hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan dan meringankan beban rakyat. 

– Ia termasuk pemberian tunai one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion kepada kumpulan isi rumah berpendapatan sederhana (M40) ke bawah; RM1 bilion peruntukan tambahan kepada KKM dan elaun khas petugas barisan hadapan sebanyak RM600 sebulan bermula 1 April. 

– Perkenalkan Program Subsidi Upah bagi membantu majikan mengekalkan pekerja dengan peruntukan RM5.9 bilion dijangka memanfaatkan 3.3 juta pekerja. 

6 April 2020: Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin Tambahan) bernilai RM10 bilion khusus membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

10 April 2020: Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April dengan beberapa sektor ekonomi terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan ketat. 

Baca artikel berkaitan: “Darurat COVID-19 diperlukan, bukan alasan untuk kekal jadi PM” – Muhyiddin

15 April 2020: Kerajaan mengumumkan sebanyak AS$300 juta atau RM1.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipulangkan kepada Malaysia oleh kerajaan Amerika Syarikat.

1 Mei 2020: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei.

10 Mei 2020: PKPB yang berkuat kuasa sehingga 12 Mei akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020.

30 Mei 2020: Muhyiddin mahu Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dipinda supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

5 Jun 2020: Mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berjumlah RM35 bilion bagi memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

7 Jun 2020: Mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos tahun ini apabila negara memasuki fasa pemulihan pandemik COVID-10 dalam tempoh itu.

12 Jun 2020: Kerajaan akan meminjam sehingga RM35 bilion dari pasaran tempatan untuk membiayai Prihatin dan Penjana. 

– Kerajaan tidak akan terbabit dalam pelan menyelamatkan syarikat penerbangan termasuk Malaysia Airlines Berhad. 

7 Julai 2020: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Banci 2020.

13 Julai 2020: Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof. 

24 Julai 2020: Goldman Sachs bersetuju membayar AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) bagi penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan tiga urus niaga bon membabitkan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). 

29 Julai 2020: Kerajaan melanjutkan moratorium dan bantuan bank bersasar selama tiga bulan khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan dan masih terjejas akibat Covid-19. 

12 Ogos 2020: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 untuk memohon perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2019 sebanyak RM7 bilion. 

28 Ogos 2020: Goldman Sachs Group sudah membayar AS$2.5 bilion kepada kerajaan untuk menyelesaikan tuntutan tertunggak berkaitan 1MDB. 

–  Kerajaan memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berakhir pada 31 Ogos dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

23 September 2020: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif dan bantuan khusus di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas (Kita Prihatin) berjumlah RM10 bilion. 

26 September 2020: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang 38 kerusi bentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. 

5 Oktober 2020: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19. 

– Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jalani kuarantin di rumah selama 14 hari selepas Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19. 

6 Oktober 2020: Perdana Menteri memberi jaminan tidak akan melaksanakan PKP di seluruh negara atau total lockdown. 

12 Oktober 2020: Kerajaan akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober susulan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini. 

25 Oktober 2020: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini. 

26 Oktober 2020: PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dilanjutkan selama dua minggu sehingga 9 November. 

3 November 2020: Seramai 12 Ahli Parlimen diumumkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu selepas Pengerusi PAC, Wong Kah Woh dan Naib Pengerusi, Datuk Azizah Mohd. Dun dipilih pada 27 Ogos lalu. 

6 November 2020: Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz membentang Belanjawan 2021 yang memperuntukkan RM322.5 bilion atau 20.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sekali gus menjadikan belanjawan terbesar dalam sejarah. 

21 November 2020: Semua 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengakhiri mesyuarat ke-27 forum itu dengan bersepakat memeterai sebuah visi baharu yang dinamakan Wawasan Putrajaya APEC 2040 khusus untuk menjana masa depan rantau berkenaan.

26 November 2020: Selepas dua minggu dibahas dan melalui empat hari proses penggulungan, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar. 

5 Disember 2020: Kerajaan menamatkan PKPB di beberapa termasuk Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Putrajaya dan Negeri Sembilan kecuali beberapa tempat dan daerah yang diletakkan dalam PKP Diperketatkan (PKPD) dan PKPB. 

ingkar sop
Anggota polis membuat pemeriksaan ke atas kenderaan yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) ketika Perintah kawalan Pergerakan (PKP) di Plaza Tol Setia Alam, Shah Alam. GAMBAR: Abd Razak Aid

– PKPB di Kuala Lumpur, Selangor, dan beberapa kawasan di Kedah serta Johor terus berada dalam PKPB sehingga 20 Disember. 

– Kerajaan benarkan rentas negeri dan daerah seluruh negara kecuali kawasan di bawah PKPD. 

10 Disember 2020: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak Ke-14 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

13 Disember 2020: Majlis Pekerjaan Negara (NEC) bakal mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan walaupun kedudukan ekonomi terkesan akibat Covid-19. 

15 Disember 2020: Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 diluluskan di Dewan Rakyat selepas bacaan kali ketiga diputuskan menerusi undi belah bahagian menyaksikan 111 wakil rakyat menyokong, 108 menolak dan satu tidak hadir. 

16 Disember 2020: Yang di-Pertuan Agong berkenan mengisytiharkan darurat terhadap Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah. 

17 Disember 2020: Semua parti dalam kerajaan Perikatan Nasional bersetuju menubuhkan Majlis Presiden. 

19 Disember 2020: Kerajaan menjangkakan kumpulan pertama vaksin Covid-19 keluaran Pfizer akan diterima pada bulan Februari. 

22 Disember 2020: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi antara individu terawal menerima vaksin Covid-19. 

– Kerajaan tandatangani perjanjian dengan AstraZeneca bagi perolehan 6.4 juta dos tambahan vaksin Covid-19. 

23 Disember 2020: Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 memberi tumpuan kepada pelancongan lestari dan peningkatan pendapatan pelancongan.

– Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB). 

28 Disember 2020: PKPB di Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan beberapa kawasan seluruh negara dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 14 Januari 2021. 

1 Januari 2021:  Malaysia-Singapura membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, selepas gagal mencapai kata putus susulan tempoh penangguhan yang berakhir 31 Disember 2020. 

– Kerajaan melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak. 

11 Januari 2021: Kerajaan umum pelaksanaan semula PKP di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah bermula 13 Januari hingga 26 Januari. 

– Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan diletakkan dalam PKPB manakala Perlis dan Sarawak PKPP. 

12 Januari 2021: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan pengisytiharan darurat sehingga 1 Ogos bagi membendung penularan Covid-19. 

13 Januari 2021: Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima akan bermula 21 Januari. 

15 Januari 2021: Kelantan akan diletakkan di bawah PKP sehingga 26 Januari. 

16 Januari 2021: Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang akan dipengerusikan bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali. 

18 Januari 2021: Kerajaan memperkenalkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion bantu kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi. 

19 Januari 2021: PKP di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan bermula 22 Januari hingga 4 Februari. 

21 Januari 2021: PKP di enam negeri dan tiga Wilayah Persekutuan dilanjutkan sehingga 4 Februari. 

27 Januari 2021: Pelaksanaan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa pertama dipercepat daripada bulan Mei kepada penghujung Februari. 

31 Januari 2021: Program 5MY tangani isu miskin bandar di Wilayah Persekutuan – Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

1 Februari 2021: Tiada penutupan menyeluruh sektor ekonomi semasa PKP – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

2 Februari 2021: PKP 2.0 yang dijadualkan berakhir pada 4 Februari di semua negeri kecuali Sarawak dilanjutkan sehingga 18 Februari. 

3 Februari 2021: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Indonesia bagi mengukuhkan kerjasama dua hala dengan republik tersebut. 

4 Februari 2021: Jemaah Menteri bersetuju melantik Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). 

– Fasa pertama PICK akan bermula penghujung bulan ini manakala fasa kedua dan ketiga bermula April sehingga Februari 2022. 

11 Februari 2021: KWSP mansuh syarat i-Sinar, permudah pengeluaran simpanan Akaun 1

12 Februari 2021: Pendaftaran bagi vaksin Covid-19 dijangka bermula pada bulan Mac. 

15 Februari 2021: Perdana Menteri melancarkan Dasar Perpaduan Negara berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang menggariskan usaha berterusan memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat. 

16 Februari 2021: PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Penang dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 4 Mac manakala negeri-negeri lain yang sebelum ini di bawah PKP kini diletakkan di bawah PKPB. Hanya Perlis satu-satunya negeri di bawah status PKPP. 

17 Februari 2021: Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan saluran televisyen pendidikan khas, DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

– Kerajaan mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 diketuai Khairy Jamaluddin untuk menguruskan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). 

18 Februari 2021: Kerajaan benarkan lebih daripada dua orang makan semeja di restoran dan jumlah kapasiti penumpang dalam kenderaan mengikut bilangan tempat duduk. 

19 Februari 2021: Sesi persekolahan secara bersemuka yang ditangguhkan sebelum ini akan bermula pada 1 Mac melibatkan murid tadika, Tahun 1 dan Tahun 2 manakala Tahun 3 hingga 6 bermula 8 Mac. 

21 Februari 2021: Kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech sebanyak 312,390 dos tiba di Malaysia dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula 24 Februari.

Kenderaan yang membawa Vaksin Covid-19 di kawal ketat anggota Polis dari Unit Tindakan Khas ketika tiba di Gudang Penyimpanan DHL, Kompleks Raya, Subang, di sini hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

– Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin. 

22 Februari 2021: Bantuan kewangan one-off RM500 kepada pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran dan kenderaan e-hailing akan dibayar mulai hari ini. 

23 Februari 2021: Malaysia akan menerima tambahan 182,520 dos vaksin Pfizer-BioNTech esok. 

24 Februari 2021: Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bermula esok. 

– Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech sekali gus menjadi rakyat pertama negara ini yang berbuat demikian.

26 Februari 2021: PKPB di Sarawak dilanjutkan sehingga 15 Mac. 

27 Februari 2021: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.20 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.90 peratus untuk Simpanan Shariah bagi tahun 2020.

28 Februari 2021: Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen pembangkang iaitu Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon, kedua-duanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

– Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 bagi memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di peringkat akar umbi menerusi kerjasama kementerian dan agensi berkaitan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram