Resipi getuk ubi…sedap dan wajib cuba!

0
602

Getuk ubi antara juadah kuih yang enak dan menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja sesuai dinikmati waktu sarapan dan minum petang tetapi pada bila-bila masa. Memang sedap dan wajib cuba.

BAHAN
250 gm ubi kayu
1 paket tepung beras
1 biji kelapa – parut bahagian putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gu

CARA
1.Rebus ubi dengan garam hingga lembut dan asingkan. Biarkan ubi sejuk dan gaulkan dengan kelapa parut. Kepalkan ubi bentuk bulat. Ketepikan.
2.Bancuh adunan tepung beras bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Sebatikan adunan.
3.Celup bebola ubi getuk ke dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing dan kekuningan. Angkat dan tuskan minyak. Hidangkan.

cef omar
Resipi: Cef Omar Md Noor