gulai ikan tenggiri nanas

Pasti ramai yang menggemari hidangan lauk pauk kampung. Jadi apa kata anda cuba resipi gulai ikan tenggiri nanas yang Saji kongsikan kali ini. Walaupun sajiannya ringkas namun pasti sedap.

BAHAN
3 keping ikan tenggiri
3 tangkai cili merah/hijau
1 keping asam gelugur
1 cawan santan pekat
¼ biji nanas
Sedikit garam

BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup

CARA
1.Campurkan santan, bahan kisar dan juga asam gelugur.
2.Didihkan sambil kacau sentiasa supaya tidak pecah santan.
3.Setelah mendidih, masukkan garam, ikan dan nanas.
4.Kacau sekali sekala, sehingga kuah menjadi pekat sekata dan masak.
5.Rasakan garam dan gula dan sedia untuk dihidangkan.

Resipi: Zailani Abd Rahman, Pasir Mas, Kelantan.