GAMBAR: Abd Razak Aid

SESI persekolahan secara bersemuka bagi murid prasekolah, tahun satu dan tahun dua sekolah rendah bermula hari ini. 

Tinjauan UTUSANTV di Sekolah Kebangsaan (SK) Shah Alam mendapati murid-murid seperti sudah membiasakan diri dengan norma baru.

Salah seorang murid memeriksa suhu badan pada hari pertama sesi persekolahan 2021 di Sekolah Kebangsaan Shah Alam, di Shah Alam hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Mereka didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka, sanitasi tangan dan mengambil suhu badan sebelum memasuki pekarangan sekolah.

Sekolah juga tidak mengadakan perhimpunan dan pelajar dibenarkan terus masuk ke dalam bilik darjah masing-masing.

Gelagat murid serta ibu bapa pada hari pertama persekolahan sesi 2021 di Sekolah Kebangsaan Shah Alam, di Shah Alam hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Pada sesi persekolahan kali ini, ibu bapa tidak dibenarkan masuk dan hanya menghantar anak-anak mereka di luar pagar sekolah, ini bagi mengelakkan keadaan sesak dan menghindar penularan wabak di dalam kawasan sekolah.  

Ibu bapa menghantar anak-anak di luar pagar sekolah pada hari pertama sesi persekolahan 2021 di Sekolah Kebangsaan Shah Alam, disini hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baru-baru ini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pembukaan penuh persekolahan secara berperingkat bermula hari ini membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Gelagat murid serta ibu bapa pada hari pertama persekolahan sesi 2021 di Sekolah Kebangsaan Shah Alam, disini hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid