Kek marble pandan santan gebu. Lemak berkrim dan cukup enak

0
87

Peminat kek dan manisan wajib cuba resipi kek marble pandan santan gebu. Gabungan santan dalam adunan membuatkan kek rasa lebih berlemak dan cukup lembut.

Terima kasih Ammar Amzar Amsyar atas perkongsian resipi.

Bahan :

6 biji telur*

1 [email protected] Gula halus*

1 sudu besar Ovellet*

60 gm Santan kotak*

1 sudu besar Emulco/pes pandan

1 sudu kecil Pewarna hijau

2 [email protected] Tepung self rising (ayak)*

1 cawan @ 170gm Majerin pelangi @buttercup( dicairkan)

Cara :

  1. Putarkan semua bahan yang bertanda*
  2. Apabila adunan sudah gebu dan naik berganda matikan mixer.
  3. Selepas itu masuk majerin yang dicairkan tadi dengan kaedah kaup balik sehingga majerin sekata.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, original dan satu adunan lagi boleh masukkan pes pandan dan pewarna hijau. Warna terpulang kepada pilihan masing-masing.
  5. Bakar adunan pada suhu 140-150° dengan api atas bawah selama 1 jam 25-30 minit mengikut ketuhar masing-masing menggunakan rak bawah sekali.

Sumber : Ammar Amzar Amsyar