Resipi nasi goreng taucu

0
611
nasi goreng taucu

Hidangan yang dimasak sendiri di rumah bukan sahaja lebih menjimatkan, malah lebih enak. Jom cuba resipi nasi goreng taucu ini.

BAHAN
2 mangkuk nasi putih
2 ekor sotong – hiris
1 cawan isi kupang
2 sudu besar taucu
5 tangkai cili padi – hiris
Sedikit minyak
Garam dan gula

BAHAN KISAR
1 batang serai
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm hiris
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
2 cm belacan
1 sudu besar taucu

CARA
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.
2.Masukkan sotong, kupang, taucu, garam dan gula. Kacau rata.
3.Masukkan nasi, gaul rata hingga sebati.
4.Kacau sehingga masak, taburkan cili padi. Bolehlah dihidangkan.

Resipi : Maizon, Balik Pulau, Pulau Pinang

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi