Resipi rendang burung puyuh

0
1303
rendang burung puyuh

Rendang adalah juadah enak menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bukan sahaja dinikmati semasa musim perayaan, malah juadah ini dinikmati setiap hari tidak kira masa. Kali ini Saji kongsikan resipi rendang burung puyuh yang sedap dan dimudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN
5 ekor burung puyuh – panggang dan belah dua
50 gm cili padi – tumbuk
300 ml santan pekat
200 gm kerisik
5 gm belacan
1 helai daun kunyit

BAHAN HIRIS
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
3 cm halia
2 cm lengkuas
4 helai daun limau purut
3 batang serai

BAHAN TUMIS
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit halba
½ cawan minyak masak
Garam dan gula

CARA
1.Panaskan minyak, tumis bahan tumis, bahan hiris, belacan dan cili padi sehingga naik bau dan garing.
2.Masukkan burung puyuh dan santan, kacau sebati.
3.Setelah mendidih masukkan kerisik dan kacau rata.
4.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Apabila rendang pekat, taburkan hirisan daun kunyit. Bolehlah dihidangkan.

Resepi: Mazenah Baba

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

TONTON VIDEO PILIHAN: