Tadi… Macam 4 tahun yang dulu,

“Timo kasih. Maap mak cik, sey tanak,” den jawab sambil sonyum dari dalam keto tiko mak cik yang jinjing plastik keropok tadi datang kotuk comin keto.

Bukan apo, den ingek nak balik copek. Lagi pun bawak si kocik nia. Gisau pulak tentaim covid ni.

Tapi mak cik tadi tu totap yo mintak den bukakkan pintu. Hadeh… dahlah paneh litlit haa… asal la tak pempaham yang den tanak boli mak cik oii?! Den merungut sendiri. Den turunkan comin sikit dan bagi isyarat tanak sambil nak idupkan enjin keto.

“Maaf ye nak, mak cik cuma nak bagi duit ni pada si kecik yang comel tu,” koba eh sambil nunjuk an duit singgit yang belipek-lipek ko arah si kocik yang duk kek bangku belakang. (Ya Allah, osah bongok eh den. Dah la bongok, sombong lak tuh!! )… Osah malu eh! Sey pun kluar dan bukakkan pintu.

“Aisy, meh sini. Salam nenek.” Si kocik hulur tangan besalam dan cium tangan mak cik tadi. “

Lopeh usap-usap kepalo dan pipi si kocik, mak cik tu tadah tangan bedoa tanpo suaro. Sey pasan dio lap air mato yang hampir nak jatuh ke pipi. Lopeh ucap timo kasih, dio jinjing balik plestik yang ponuh dongan keropok lekor tu. Masih hangek lagi, boli yang baru kluar tang piuk gak eh.

“Maafkan sey yo mak cik. Osah sey tesalah anggap tadi. Err… Mak cik jual keropok ni ko? Keropok apo yang ado ni?”

“Takpe… eh, mak cik bagi duit itu bukan nak suruh anak beli keropok ni. Memang mak cik bagi sedekah je tu. Keropok ni semua mak cik beli dari kedai tu (sambil tunjuk satu kodai tu). Tu duit baki beli keropok ni laa. Mak cik ni meniaga kedai makan. Tu keta mak cik. Kebetulan nampak si comel ni lari-lari tadi. Maaf ye nak. Mak cik cuma teringat sangat pada anak cucu mak cik. Mak cik rindukan mereka.”

“Oo… ingek mak cik jual keropok ni. Bukan apo, sey pun memang dah lamo teragak nak makan keropok macam ni.”  Ayat kaber sodih dan malu.

“Haa… Nah. Bawak balik goreng. Sedap ni makan panas-panas. Anak cucu mak cik pun suka makan keropok ni.”

Tak sompek sey cakap apo-apo.  Macam dio tau yo…

“Mak cik bagi je. Ambiklah. Terima kasih sangat sebab hilangkan sikit rindu mak cik pada anak cucu. Comel. Macammm cucu nenek. Mintak-mintak dapat la mak cik jumpa mereka lagi. Dahh… panas ni. Tak elok bepanas macam ni. Baliklah,” sambil cubo tolak tangan sey masuk keto.

Sekali lagi dio usap-usap pipi si kocik… jinjing plastik barangan eh dan berlalu poie. Den perhatikan sampailah dio masuk keto.

Gambar hiasan

Den mandang si kocik… Agak camni la omak kek kampung sanan rindukan kami. Osah banyak boto keladak dalam jiwo ni yang patut dibosihkan. Asik manjang beburuk sangko. Ampunkan kami wahai omak.

Hanyo yang mengalami sajolah yang paham…

Sumber: https://www.facebook.com/WongBessi