gelang
HONG KONG merupakan antara negara yang telah mewajibkan pesakit COVID-19 memakai gelang elektronik yang mempunyai peranti pengesan. - GAMBAR INTERNET

SELEPAS beberapa negara di dunia seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura menyediakan gelang elektronik dilengkapi peranti untuk dipakai oleh pesakit COVID-19 bagi memantai pergerakan mereka, Malaysia juga tidak terkecuali untuk berbuat demikian mulai 11 Mac ini.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, perintah pemakaian peranti pengesanan tersebut merupakan antara lima peruntukan baru dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit) (Pindaan) 2021 yang akan berkuat kuasa pada tarikh tersebut.

Beliau berkata pemakaian peranti berteknologi tinggi berbentuk gelang itu yang bertujuan untuk mengawal pergerakan adalah diwajibkan bagi tiga kategori iaitu individu yang positif Covid-19; individu dalam siasatan (PUI) atau kontak rapat pesakit Covid-19; dan individu dalam pengawasan (PUS).

“Tempoh pemakaian peranti itu adalah dalam masa 10 hari,” katanya dalam sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya, hari ini seperti yang dilaporkan Bernama.

LAGI BERITA MENYUSUL