puteri sarah liyana

PELAKON Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa berangnya terhadap seorang individu yang tidak berhenti menganggu keluarga, rakan serta termasuklah keluarga mentuanya.

Dedah Sarah,35, yang juga isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu, individu terbabit turut bertindak menggunakan akaun palsu di laman sosial semata-mata untuk melihat aktiviti seharian mereka.

“Selamat pagi stalker. Mesti hari-hari awak ingat saya kan? Setiap hari awak intip saya, tahu apa aktiviti saya, okey ‘stalk’lah.

“Instagram saya tak ‘private’ pun. Maaf, saya terlalu sibuk dengan keluarga, kerja, perniagaan. Saya tak ada masa untuk buat benda lain macam awak.

“Sampai terpaksa buat akaun palsu untuk kacau saya. Dah 2021, terimalah kalau buat jahat, Allah takkan izinkan awak menang. Allah tak tidur.

“Memang tak tenang ya tengok dah berbaik?, If awak rasa tak tenang, selalulah solat tahajud dan solat taubat. Insya-Allah rasa berdosa yang menebal dalam diri itu akan terhapus sedikit demi sedikit, hidup pun tenang. Tak adalah rasa tergugat 24 jam,” katanya.

puteri sarah liyana
Puteri Sarah Liyana bersama anak-anaknya

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkongsi mengenai isu tersebut menerusi Instagram storynya sebentar tadi.

Lebih tegang lagi apabila, individu terbabit dikatakan turut menganggu orang terdekat di sekelilingnya termasuklah rakan-rakan Sarah serta keluarganya.

Kata Sarah, dia akan membuat laporan polis sekali lagi terhadap individu berkenaan jika perkara itu berlanjutan lagi.

“Owh, lepas itu kacau kakak ipar saya, kawan saya, stokis saya. Malah, ibu mentua saya pun awak menggila kacau.

“Nak kena lapor polis lagi ke awak ini? Tolong jaga marah itu sedikit. Tolong pergi berubat, teruk sangat dah tu,” ujarnya.

TANGKAP layar luahan Puteri Sarah di Instagram Story

Terdahulu, pada Januari lalu, Sarah pernah memaklumkan ada menerima mesej langsung (DM) daripada individu yang tidak dikenali yang berselindung disebalik akaun palsu di Instagram.