Sedapnya paru berlado ni. Rasanya yang sedap membuatkan hidangan ini menjadi kegemaran ramai. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Datuk Cef Ismail ini. Pasti puas hati.

BAHAN
500gm paru – dicuci bersih dan direbus sehingga masak. Dihiris nipis 2cm.
1 keping asam keping
200ml minyak masak
1 sudu besar serbuk kunyit
2 batang serai – dititik
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR KASAR
200gm cili merah
100gm cili padi
10 biji bawang kecil

BAHAN HIAS
2 tangkai cili merah – buang biji dan hiris
2 tangkai cili hijau – buang biji dan hiris

CARA
1.Gaulkan hirisan paru bersama serbuk kunyit dan garam.
2.Kemudian goreng paru di dalam minyak yang panas. Ketepikan.
3.Dalam kuali yang sama tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan garing. Masukkan serai dan kacau rata.
4.Masukkan paru yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Taburkan dengan bahan hias, gaul rata dan siap untuk dihidangkan.

Resipi : Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.