rempah-ratus

Penggunaan rempah-ratus di dalam masakan Melayu mampu membangkitkan selera. Sekali gus menjadikan ia hidangan yang cukup istimewa. Namun tidak ramai yang tahu khasiat di sebalik penggunaan rempah yang mempunyai khasiat perubatan yang cukup baik.

KULIT KAYU MANIS

•Boleh meredakan cirit-birit, melawaskan air besar dan mengubat kesakitan gigi berlubang. Asah kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk, lalu tampal ke dalam gigi.
•Teh kulit kayu manis boleh menurunkan paras gula dalam darah.
•Minyak pati kulit kayu manis mampu mengeluarkan aroma yang boleh menenangkan fikiran.

BUAH PELAGA

•Mengurangkan bau nafas, melegakan asid dalam perut, asma dan penyingkiran toksik. Caranya mudah dengan mengunyah buah pelaga ataupun minum air rebusan buah pelaga.
•Pengambilan serbuk buah pelaga, mampu memecahkan batu karang dan batu hempedu.

BUNGA LAWANG

•Mempunyai lapan kelopak. Baunya sedap dan ia mampu nyah bau yang kurang menyenangkan.
•Air rebusan bunga lawang boleh membuang angin dalam perut dan meredakan sakit sendi.
•Dipercayai air rebusan bunga lawang mampu menghindarkan dari penyakit H1N1.

BUNGA CENGKIH

•Amalkan mengunyah 10 biji bunga cengkih setiap hari, boleh menghilangkan bau nafas, sakit gigi, menyihatkan jantung, tajam penglihatan dan tajamkan fikiran
•Minum susu segar yang dimasak bersama bunga cengkih dan sedikit madu untuk menguatkan hati.
•Letakkan beberapa kuntum bunga cengkih di dalam balang gula, untuk mengelakkan semut dan gula berbau harum.

JINTAN MANIS

•Rebus jintan manis bersama lemon, untuk mengurangkan lemak di pangkal peha
•Amalan minum air rebusan jintan manis, boleh mengeluarkan gas di dalam usus dan melancarkan aliran keluar haid.

JINTAN PUTIH

•Mandi air panas yang dicampurkan dengan jintan putih, boleh meredakan demam dan gatal-gatal badan.
•Mencuci muka dengan air suam yang dicampurkan dengan serbuk jintan putih, menyegarkan wajah dan awet muda.

HALBA

•Teh halba yang dicampurkan dengan madu untuk mengubati anemia dan ketagihan rokok.
•Amal makan 5 biji halba setiap hari, biar pun pahit ia untuk mengawal kencing manis.
•Minum teh halba untuk melegakan migrain dan menguatkan jantung

BIJI KETUMBAR

•Air rebusan biji ketumbar, menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
•Biji ketumbar dikisar halus, lalu diminum suam untuk meredakan sembelit.