Biasanya lauk asam pedas dimasak berkuah. Kali ini Saji kongsikan resipi asam pedas ayam pekat yang sedap dan menyelerakan. Jom cuba resipi oleh Marsita ini.

BAHAN
1 ekor ayam – potong sederhana
1 cawan minyak masak
1 cawan air asam jawa
1 cawan air
3 batang serai – titik
2 kuntum bunga kantan
Daun kesum
Daun kunyit

BAHAN A – KISAR
20 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 cm halia

CARA
1.Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar dan serai sehingga naik minyak.
2.Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa.
3.Selepas itu, bolehlah masukkan ayam dan air asam secukupnya.
4.Masukkan daun kesum, bunga kantan dan daun kunyit. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi: Marsita Kamarulzaman