umno tolak ppbm

PADA 15 Februari, UMNO diminta oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pendirian sama ada mahu meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Empat hari kemudian, kata Datuk Seri Ahmad Maslan, UMNO mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Janda Baik, Pahang bagi membincangkan permintaan Perdana Menteri.

Keputusannya kata Setiausaha Agung UMNO itu:

“i. Tiada kerjasama dengan PPBM dalam PRU-15.

“ii. UMNO berpendapat, kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen,” katanya.

Dalam kenyataan media hari ini, kata Ahmad, perkara itu diputuskan setelah mengambil kira pandangan akar umbi dan mempertimbangkan secara cermat, buruk baiknya keberadaan dalam kerajaan ketika rakyat berhadapan pandemik COVID-19

Katanya, MT UMNO pada mesyuarat itu telah sebulat suara bersetuju untuk Presiden UMNO mengutuskan surat kepada Muhyiddin bagi menyatakan keputusan bahawa tiada kerjasama dengan PPBM dalam PRU-15.

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, UMNO pada masa sama berpendapat, kebersamaan dalam Kerajaan PN boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

“Sejak dari awal, UMNO sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa untuk memastikan perpaduan yang dibina di atas sebuah pakatan atau kerjasama politik yang bertahan lama dan efektif mestilah berteraskan kejujuran dan keikhlasan, demi menjaga kemaslahatan rakyat,” tegasnya.

umno tolak ppbm
MT UMNO tolak PPBM pada PRU-15 seperti diputuskan mesyuarat MT parti itu pada 19 Februari lalu.

Terdahulu, beliau menjelaskan bahawa satu perjumpaan khas antara UMNO, PPBM dan Pas yang diwakili lima kepimpinan tertinggi bagi setiap parti telah diadakan pada 15 Februari lalu.

Baca artikel berkaitan: Hubungan dengan UMNO: Bersatu akan putuskan petang ini

Annuar gesa Ahmad Zahid jelaskan benarkah telah hantar surat kepada Muhyiddin

“Di dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri merangkap Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar UMNO membuat pendirian jelas berkenaan kedudukan kerjasama dengan PPBM sebelum sebarang perundingan pengagihan kerusi dapat diteruskan bagi menghadapi PRU ke-15.

“Bagi maksud tersebut, MKT UMNO telah mengadakan mesyuarat pada Jumaat, 19 Februari 2021 untuk membincangkan lanjut hasrat Perdana Menteri tersebut,” katanya.

Sejak semalam tular surat Ahmad Zahid kepada Muhyiddin berhubung keputusan MT UMNO tolak PPBM untuk bekerjasama pada PRU-15 tetapi pada masa sama terus bersama dalam kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram