2,164 kes baharu

SEBANYAK 2,154 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, yang merupakan hari kedua berturut-turut penularan harian virus itu melebihi 2,000 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan penularan tertinggi dengan 794 kes.

Katanya, ini diikuti dengan Johor, 463 kes, Sarawak (250 kes), Pulau Pinang (119 kes) dan Perak, 109 kes.

“Daripada 2,149 kes tempatan yang dilaporkan harini, 1,339 atau 62.3 adalah warganegara manakala warga asing pula berjumlah 810 kes atau 37.7 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, kata Noor Hisham, sebanyak enam lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan kuulatif kematian akibat COVID-19 kini berjumlah 1,159.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lima kes di Selangor, dan satu kes di Kedah. Kesemua kes melibatkan warganegara.

“KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” kata Noor Hisham.

Hari ini juga menyaksikan 3,275 kes sembuh baharu dan ini membolehkan kes aktif yang dirawat di seluruh negara berkurang kepada 22,034 kes.

Tambah KKM, seramai 184 individu positif COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 87 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Baca artikel berkaitan: Kes pertama COVID-19 mutasi Nigeria dikesan di Malaysia

Sementara itu, KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.

Kata Noor Hisham, ia melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu kluster yang melibatkan keagamaan dan komuniti.

Tujuh daripadanya di Lembah Klang dan Negeri Sembilan dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Sabah dan Perak.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram