Kuah hitam nasi kandar. Terpulang nak masukkan ayam, daging atau sotong

0
1639
kuah hitam nasi kandar

Penggemar nasi kandar wajib belajar cara menyediakan kuah hitam ini agar dapat menghilangkan kempunan di kala teringin.

Resipi ini adalah kuah asas yang kemudiannya boleh dimasukkan daging lembu, kambing, ayam, udang atau sotong, ikut selera masing-masing.

Terima kasih Paksu Hj Saad atas perkongsian resipi. Menurut Paksu, ayam dan udang haruslah digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan manakala daging kambing, lembu dan sotong boleh dimasukkan terus dan kacau sehingga masak.

Bahan :

7 batang Serai – diketuk

Daun kari

3 sudu teh Jintan manis

1 sudu teh Jintan putih – kisar kering

3 sudu makan Serbuk cili – boleh di ganti dengan cili kisar mengikut anggarannya

2 sudu makan Rempah kari daging Adabi

1 sudu makan Rempah kurma Adabi

20 biji buah kurma dibuang biji – direbus

3 labu bawang besar – dihiris

Sebotol besar kicap manis

3 inci Halia – dihiris dan kisar

Air asam jawa

Cara :

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Kemudian masukkan serai. Goreng sehingga naik baunya.
  3. Masukkan bawang besar, tumis sehingga nampak layu dan masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih. Kacau sebati.
  4. Selepas itu, masukkan serbuk cili, rempah kurma, rempah kari daging dan daun kari. Kacau dan tuang air panas tiga cawan supaya rempah dapat masak elok. Tumis lagi sehingga naik minyak.
  5. Masukkan kicap manis, buah kurma, halia kisar dan air asam jawa. Kacau dan perasakan. Tambahlah sikit apa yang kurang. Misalnya kurang manis di tambah sedikit gula. Kurang masin tambah sedikit garam.
  6. Akhir sekali masukkan daging atau lauk apa yang dipilih. Masak sehingga empuk. Sedap dan cukup enak.

Sumber : Paksu Hj Saad