Poligami politik?
Poligami politik mungkin pendekatan yang membantu dalam konteks hubungan UMNO-Pas-PPBM.

ANALISIS

PAS pernah bersama UMNO secara rasmi menerusi Barisan Nasional (BN), namun semua tahu ia tidak bertahan lama.

Ada sebab mengapa kepimpinan Pas meninggalkan BN sekali gus meninggalkan sekutu parti politik Melayu mereka.

Dikhianati antara yang sering disebut pemimpinnya dalam mewajarkan tindakan berkenaan.

Tidak pastilah sama ada pada hujung 70-an ketika Pas meninggalkan BN timbul atau tidak soal penyatuan ummah, merugikan Melayu dan sebagainya.

Kali ini, apa yang berlaku antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) timbul pula soal perpaduan ummah dan lagu dengan genre seumpamanya tidak henti berkumandang.

Muak juga kadang-kadang seolah nasib orang Melayu terletak di tangan parti politik sepenuhnya. Sedangkan Melayu tidaklah mudah lupa.

Institusi diraja memayungi Perlembagaan serta rakyat selain sejarah menunjukkan bagaimana orang Melayu mampu bangkit dalam menegakkan hak bila diganggu.

Tapi tak apa, molek juga Pas ‘berkorban’ dengan berpoligami politik – istilah disebut seorang pensyarah dalam temu bual sebuah stesen tv hari ini.

Sebelah kaki Perikatan Nasional (PN), sebelah kaki Muafakat Nasional (MN). Ini bagi mengurangkan pertembungan tiga penjuru atau lebih di kerusi majoriti pengundi Melayu.

Kiranya calon UMNO dengan Pas tiada pertembungan. Jika ada pun, UMNO dengan PPBM. Mungkin Tanah Merah, mungkin Jeli, Larut, Hulu Terengganu atau Pagoh sekali pun.

Atau PPBM mungkin juga letak calon yang kerusi dipertahan UMNO. Bagan Datuk, Pekan, atau mana saja. Boleh juga, biar pengundi tentukan. Tapi Pas tidak bertembung dengan UMNO atau PPBM.

Macam masa Pilihan Raya Umum 2008 dulu, Pas tiada hubungan rasmi dengan DAP tetapi sekutu mereka, PKR ada persefahaman dengan DAP.

Baca artikel berkaitan: Pas tolak ‘penjajaran baharu’, komited perkasakan MN, PN

Keputusan MT UMNO tolak PPBM ambil kira suara akar umbi

Bila berjaya menafikan dua pertiga BN buat kali pertama dalam sejarah, boleh pun kerjasama politik baru dibentuk selepas PRU dikenali Pakatan Rakyat.

Tapi terpulanglah kepada kepimpinan Pas kali ini. Lagi pun darurat sampai 1 Ogos, bukan hanya pilihan raya tidak boleh diadakan bahkan Parlimen juga tiada keperluan bersidang.

Justeru, masa masih panjang. Sehari dalam politik terlalu lama apatah lagi setengah tahun.

Kalau tak mahu juga pertembungan antara tiga parti, mungkin Pas boleh pujuk PPBM bekorban syarat UMNO antaranya kerusi yang mereka menang PRU lalu, kerusi mereka, bukan milik yang bawa lari. Boleh runding lagi tu, siapa tak nak berkuasa.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram